Qiao Ting dapat mengesan kemarahan di hati Zhao Jun. Dia tahu sebab kemarahan tersebut. Pergaduhan yang melibatkan Luo Lang sebelum bermulanya kejohanan ini...agak mudah untuk mendapat tahu mengenai perbalahan ini selagi seseorang itu berminat untuk ambil tahu. Apa yang tidak disangka oleh Qiao Ting adalah Zhao Jun akan ambil peduli tentang perkara kecil yang melibatkan ahli pasukannya walaupun dia baru sahaja menyertai puak Lingtian dalam masa beberapa bulan. Mungkinkah ini satu lagi kebolehan Ling Lan yang tidak diketahui?
Qiao Ting menoleh ke arah Zhao Jun dengan renungan yang rumit. Emosinya agak berserabut. Dia tidak pasti sama ada dia patut mengagumi atau mencemburui Ling Lan...
Pada ketika itu, Jiang Shaoyu telah memilih satu bola. Sewaktu memegang bola itu, dia tidak melihatnya lama sebelum berpusing dan bergerak ke posisi asal. Dia masih belum berhenti berjalan apabila pengadil memanggil orang kedua untuk mencabut undian iaitu Zhao Jun!