Malam menjelma. Kakitangan yang bertugas di dewan pendaftaran itu, yang sibuk sepanjang tengah hari, akhirnya dapat berehat. Pelabuhan angkasa hampir ditutup. Boleh dikatakan semua sekolah yang mengambil bahagian sudah tiba...
Pekerja yang berjanji untuk menyampaikan pesanan untuk Luo Chao dan Han Xuya mengambil kertas nota dari dalam laci kaunter. Riak wajahnya nampak bimbang.
"Abang Xu, kenapa masih belum keluar makan?" Sudah tiba masa untuk mereka makan, jadi mereka sedang bersedia untuk meninggalkan dewan. Orang yang dipanggil Abang Xu itu mengeluh dan berkata, "Kami pergilah dulu. Biar saya tinggal di sini sendirian."
Orang itu melihat nota di tangan Abang Xu lalu mengenyit mata padanya sambil berkata, "Rupa-rupanya disebabkan tanggungjawab yang diberikan si cantik itu kepada Abang Xu!" Dia tidak lupa untuk menepuk bahu Abang Xu selepas berkata begitu.