Raja Petir Qiao Ting mengalami keadaan yang sukar sejak kebelakangan ini. Walaupun dia tahu dia pasti akan menerima banyak cemuhan selepas kekalahannya di tangan Lingtian, dia tidak menjangka kekalahan ini memberi impak yang begitu besar. Dia sangat terkesan dengan kekalahan ini sehingga sukar menerimanya.
Naib komander rejimen puak Leiting yang selama ini sangat menghormati Qiao Ting sekarang berkelakuan tidak serius dan sering melawannya. Mereka secara terang-terangan dan halus menyatakan hasrat supaya Qiao Ting turun pangkat sebagai komander rejimen. Ketua-ketua puak pertempuran besar yang dilatih oleh Qiao Ting juga turut mula naik kepala dan tidak hormat padanya. Di mata ahli-ahli biasa yang lain, Qiao Ting dapat melihat yang mereka tidak berpuas hati dan tidak percaya dengannya.