"Jadi, tentang hal ini ..." Ling Lan teringat akan keputusan asalnya lalu berkata, "Tak mengapa. Maklumkan yang lain. Jam enam petang nanti kita akan bermesyuarat." Sudah sampai masanya untuk mereka tahu apa yang sedang difikirkannya.
"Baik, Bos Lan," balas Wu Jiong ceria, puas hati setelah mendapat masa yang tetap. Mereka cuma ada masa seminggu untuk mengesahkan senarai seratus nama itu. Walaupun tak banyak, memilih daripada kalangan bakat-bakat cemerlang daripada pelbagai pengkhususan dalam akademi yang mahu menyertai Lingtian... Wu Jiong tetap merasakan yang masa mereka agak suntuk.
Tidak lama kemudian, malam berkunjung tiba dan Ling Lan sampai di ibu pejabat Lingtian. Dia baru sahaja melangkah masuk ke muka pintu apabila penyambut tetamu di ruang utama ibu pejabat itu menyedari ketibaan komander rejimen mereka. Dia bingkas bertindak, segera meluru ke lif dan membantu Ling Lan menekan butang.