Walau bagaimanapun, tempoh sedetik keraguan di pihak Qiao Ting ini memberikan peluang kepada Xie Yi dan Lin Zhong-qing untuk membalas serangan meskipun pada awalnya mereka merupakan sasaran mudah.
Kedua-dua mereka berasa teruja — mereka tidak ragu-ragu mengemudi mecha untuk menerkam garang ke arah Qiao Ting. Walaupun mereka juga mungkin akan terkena gelombang tenaga cahaya yang Li Lanfeng tembak ke arah mereka sekiranya bergerak ke hadapan, itu tetap tidak menghentikan mereka daripada melakukannya.
Lin Zhong-qing dan Xie Yi tahu benar, ketika menentang pengendali jaguh yang hebat, mereka tidak mampu menahan serangan daripada pihak lawan apatah lagi menyerang balas. Wu Jiong yang lebih kuat daripada mereka juga telah membuktikannya. Sebaik teragak-agak dan goyah, mereka mungkin mati sia-sia, malah gagal menggunakan taktik binasa diri untuk mengakibatkan kerosakan ke atas lawan.