Chapter 411 - Sukar Dibaca!

Qiao Ting pantas menyangkal spekulasinya sendiri. Disebabkan dia telah menjejaki data yang dihasilkan oleh A.I. mechanya dari tadi, dia yakin yang jarak di antara mechanya dengan mecha Zhao Jun tidak kurang daripada had 4-kilometer, memastikan yang dia berada di luar julat pengesanan mecha Zhao Jun. Dalam dunia sebenar, mungkin atas pelbagai sebab, data yang dikumpulkan oleh mecha akan turun naik dengan tidak menentu sehingga ada kemungkinan berlakunya ralat yang membawa kepada pendedahan. Tapi dalam Dunia Mecha, data ditetapkan menjadi sangat tepat. Selagi seseorang itu tidak bertindak bertentangan dengan data yang diberi, mustahil dia dapat dikesan.

Qiao Ting membuat keputusan segera. Dia memecut mengekori mereka untuk melihat apa yang membuatkan Zhao Jun tiba-tiba mengubah arah. Dalam masa yang sama, dia nekad untuk menyingkirkan Zhao Jun — dia tidak mahu menunggu lebih lama.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS