Pada ketika ini, Lingtian Nombor 7 bertindak seolah-olah seperti binatang ganas yang terlepas dari kandang. Sewaktu berdepan dengan Leiting Nombor 9 yang lebih berpengalaman, dia langsung tidak kelihatan gentar. Kelajuan larian mechanya tidak langsung diperlahankan dengan kemunculan musuh — mereka yang mempunyai penglihatan yang tajam malah menyedari Lingtian Nombor 7 sebenarnya menjadi semakin laju dan lincah daripada sebelum ini.
Sementara itu, selepas mempersiapkan senjatanya, Leiting Nombor 9 melihat Lingtian Nombor 7 meluru ke arahnya dengan bengis. Serangan itu jelas berbaur cemuhan — hal ini membuatkan Leiting Nombor 9 berasa agak marah, memikirkan dia telah dipandang rendah.