"Cadangan Gao Jinyun sangat tepat. Pertempuran 12 mecha adalah yang paling menguntungkan untuk kita. Sebaliknya, pertempuran puak 50 mecha adalah yang paling tak menguntungkan kerana walaupun puak mecha kita sudah ditubuhkan, kita belum pernah menempuh pertempuran mecha dalam skala besar. Saya percaya, dalam Dunia Mecha, paling banyak kamu pernah sertai adalah pertempuran kerjasama 24 mecha dan kebanyakan kamu mungkin hanya pernah sertai satu misi puak tempur 6-12 orang, betul tak?"
Soalan Ling Lan disambut dengan anggukan dari segenap sudut bilik. Benar, kekuatan para pemimpin pasukan ini tidak cukup untuk mereka menyertai misi pasukan berskala besar. Daripada aspek ini, mereka benar-benar tidak berpengalaman.