Keputusan Ling Lan dibuat dalam masa sesaat. Pedang lengkung cahaya mecha kelas khas itu menyerang untuk menikam ganas pada bahagian kokpit Li Lanfeng. Semua pengendali mecha tahu sebaik sahaja kokpit lawan musnah, maksudnya pertempuran sudah berakhir dan mereka akan memperoleh kemenangan.
"Elak!"
"Jaga-jaga!"
"Bahaya!"
Memerhatikan pertarungan, ahli-ahli lain pasukan Ling Lan hanya boleh menjerit ketakutan. Qi Long dan Luo Lang tidak arif dalam serangan jarak jauh. Jadi mereka hanya boleh memandang dari bawah, tidak mampu berbuat apa-apa untuk membantu.