Setelah menyelesaikan hal pemilihan mecha, Ling Lan memutuskan untuk menggempur semahunya dalam pertempuran ini. Dia menghantar pesanan kelompok kepada semua ahli pasukannya, memberitahu mereka yang dia akan bergerak sendirian mulai saat itu. Dia menyerahkan tanggungjawab memimpin ahli pasukan dalam pertempuran kepada Qi Long. Ling Lan menekankan yang sekiranya Qi Long berhadapan dengan masalah yang tidak dapat diselesaikannya, dia boleh mendapatkan nasihat Li Lanfeng dan Han Jijyun.