Di dalam sebuah bilik besar yang tersembunyi, pada tiga buah layar besar sama besar seperti dinding yang menjadi sandarannya, sembilan orang tua berwajah tegas dan berpakaian seragam tentera sedang berhimpun. Suasana kelihatan tegang.
"Enam belas tahun dan selepas membelanjakan sebegitu banyak sumber dan tenaga manusia, hasilnya ialah kekalahan teruk. Bukan setakat itu, kita, Empayar Caesar, kehilangan lebih 30 penggodam serta 6 jembalang maya kelas atasan sekaligus," kata jeneral berwajah menggerunkan di layar itu. Dia memegang satu dokumen di tangannya. Nada suaranya tidak berpuas hati.