"Awak mempunyai kemahiran kawalan paling teruk berbanding orang lain dalam seluruh pasukan kita. Sebagai langkah berjaga-jaga, awak duduk sahaja dan jaga dokumen ini dengan baik. Kalau dalam situasi begini awak masih buat kesilapan hingga terbunuh, jangan harap awak dapat menyertai puak pertempuran Lingtian," ugut Qi Long dengan keras.
Kata-kata itu menyebabkan Chang Xinyuan berasa terhina. Dia berniat untuk membalas tetapi kemudian menyedari kebenaran kata-kata Qi Long. Dia cuma terdiam kelu.
Habis bercakap, tanpa mempedulikan reaksi Chang Xinyuan terhadap kata-katanya, Qi Long memberi isyarat dengan menggerakkan tangan ke arah ahli pasukannya untuk meninggalkan ruang simpanan mecha dan memecut ke ruang pelancaran. Qi Long sebenarnya resah dan bimbang. Dia tidak mengetahui nasib yang menimpa bosnya. Sejak tadi dia terfikir untuk pergi ke bahagian belakang kapal untuk melihat sendiri situasi di situ, tetapi Li Lanfeng telah bertindak mendahuluinya….