Mungkin Empat Kecil terlalu gembira dengan hasil dapatannya hari itu atau mungkin dia mahu segera pulang untuk membantu bosnya lebih awal ... walau apa sekalipun, dia tidak memeriksa kawasan itu dengan teliti sebelum terburu-buru meninggalkannya. Dia tidak menemui arahan tersembunyi yang berjaya dihantar.
Pada ketika itu, Ling Lan sudah bergegas menuju ke pintu gudang. Sepanjang perjalanan, dia bergerak mengikut laluan yang Empat Kecil telah aturkan untuknya. Dengan itu, perjalanannya tidak terganggu sewaktu dia menuju ke destinasinya.
"Selepas ini, masih ada beberapa perangkap. Tetapi pasukan penyiasat Persekutuan telah memusnahkannya. Kita boleh bergerak sepantasnya. Satu lagi perkara, salah satu jembalang maya musuh berada hampir dengan pasukan penyiasat." Klon Empat Kecil yang pada mulanya hanya melaporkan koordinat dan situasi masa sebenar, tiba-tiba berubah ramah.
Ling Lan mengangkat kening dengan tenang. "Empat Kecil, awak sudah balik?"