Han Jijyun mengimbas kembali zaman mudanya - setiap kali dia dengar bapanya berkata tentang Empayar Senjakala, ia sentiasa akan terdapat kemarahan yang terkumpul di wajah bapanya. Pada ketika itu, dia tidak faham mengapa Persekutuan sanggup untuk bertarung untuk peperangan yang berlarutan buat masa yang panjang daripada menghapuskan sahaja empayar-empayar yang kecil itu… apabila melihat situasi ini sekarang, dia benar-benar agak naif dulu. Peperangan yang lama bertahan di antara Persekutuan dengan Empayar Senjakala bukanlah di antara Persekutuan dan Senjakala semata-mata - ia juga melibatkan negara-negara besar tersembunyi di belakang Senjakalal.
"Betapa hinanya!" Setelah mendapat tahu perkara sebenar, Han Jijyun akhirnya tidak dapat menahan dirinya daripada menyumpah. Ini telah menyebabkan Qi Long yang telah datang bersama-sama dengannya merenungnya dalam kejutan. Dia tidak menjangkakan Han Jijyun yang secara tipikalnya tenang dan bijak untuk berkelakuan sangat gelisah.