Chapter 336 - Ditipu!

Apabila melihatkan perkara ini, seorang leftenan jeneral dengan dua bintang di atas bahunya, orang yang bertanggungjawab di sini segera mengarahkan pakar-pakar perubatan untuk mara melangkah ke depan dan periksa lelaki-lelaki ini. Dua orang pakar perubatan dalam kot putih, setiap seorang memegang satu instrumen kecil yang boleh dibawa ke mana-mana, pergi ke pod maya masing-masing.

Selepas itu, instrumen ini disambungkan ke lelaki-lelaki yang terbaring di dalam pod. Melihat pada data yang dipantulkan oleh instrumen ini, ekspresi dua orang pakar ini menjadi semakin gelap. Akhirnya, mereka hanya mampu berdiri, kemudian menggeleng kepala dan memberitahu semua orang bahawa otak dua orang di dalam pod ini telah hancur sepenuhnya. Dalam bahasa perubatan, kematian otak. Walaupun jantung mereka masih berdegup, mereka sebenarnya telah mati.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS