Pada masa ini, di dalam bilik lain, Ling Lan dan Li Lanfeng yang sudah selesai mendaftar kini sedang baring di atas katil mereka dan berehat.
Tidak lama selepas itu, Ling Lan menerima satu mesej. Dia membuka peranti komunikasinya untuk membaca dan dengan serta-merta teruja. Seketika kemudian, dengan kurang sopannya dia menendang Li Lanfeng yang berada di katil atas.
Merasakan tolakan yang datang dari tilamnya, Li Lanfeng duduk dengan keadaan terpinga-pinga. Sebelum dia dapat bertanya Ling Lan di katil bawah tentang apa yang telah berlaku, Ling Lan berkata, "Ada berita tentang #2 dan yang lain. Bersiap cepat dan mari kita cari mereka."
Mata Li Lanfeng bersinar-sinar. Dia memakai jaket dan kemudian melompat dari katil untuk mengikut Ling Lan menuju ke tempat Qi Long berada.