"Disebabkan saya seorang penggodam." Li Lanfeng tidak berhenti untuk mendedahkan identitinya kepada orang ramai.
Apabila mendengarkan ini, tangan Ling Lan berhenti seketika, tetapi tidak lama selepas itu dia sambung memotong dengan bersungguh-sungguh. Pada masa ini, dia sudah pun memusnahkan separuh daripada sendi pintu-pintu itu, walaupun kondisi Regretless juga menjadi semakin teruk. Ling Lan masih tidak ada masa untuk menggerenyet dan berasa risau tentang hal ini - Lagipun, apabila hidup mereka tergantung dalam keseimbangan, semua perkara lain tidak penting.
"Jika awak tidak percaya dengan kami, awak boleh tanya bilik kawalan pengangkutan kapal ini," Li Lanfeng mencadangkan dengan tenang, melihatkan semua orang yang masih ragu-ragu.
Terdapat beberapa pengendali mecha berhenti bergerak dan mula untuk menghubungi bilik kawalan kapal pengangkutan untuk pengesahan. Sebaik sahaja mereka menerima kepastian, semua orang mula untuk panik.