Chapter 296 - Jurulatih Mecha!

Ling Xiao dan Ling Lan bersembunyi di dalam hutan, dengan bersahaja memandang kumpulan demi kumpulan mecha datang dan pergi. Walaupun mereka terpaksa bersembunyi di hutan selama satu jam, wajah mereka langsung tidak menunjukkan perasaan tidak sabar. Jelas dapat dilihat kedua-dua ayah dan anak ini mempunyai tahap kesabaran yang sangat tinggi.

Ling Xiao memandang Ling Lan yang berada di sebelahnya, tidak bergerak di dalam mechanya. Ling Xiao menyedari yang anak perempuannya ini dalam keadaan sangat tenang. Perasaan bangga timbul di hatinya sekali lagi kerana kesabaran sebegini bukan sesuatu dimiliki oleh orang biasa.

Setelah beberapa ketika masa berlalu, kawasan itu akhirnya kembali tenang. Ketika itu barulah Ling Lan menggerakkan mechanya. Dia tak dapat menahan dirinya daripada berkata, "Jangan terlalu menonjol. Sebaiknya tukar mecha kepada yang lebih biasa." Dia tidak mahu terus bersembunyi di dalam hutan tebal ini, tidak mampu untuk keluar.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS