Sebaik Luo Lang keluar dari pusat rawatan, dia diambil oleh Wu Jiong untuk menyertai pasukan penyambut tetamu. Pada mulanya, Luo Lang tidak mahu menyertai pasukan ini, tetapi setelah mendapat tahu yang Bos Ling Lan juga sebahagian daripada pasukan tersebut, dia tak mampu membantah lagi. Cuba fikir. Bos sendiri dah melakukannya, bolehkah pengikutnya bersembunyi?
Bukan itu sahaja, Li Yingjie yang sama-sama baru terlepas dari jurang kesengsaraan, turut disuruh oleh Ling Lan untuk menyertai pasukan itu. Walaupun Li Yingjie benar-benar mahu membantah, sewaktu Ling Lan merenung dingin padanya, Li Yingjie hanya mampu menggosok-gosok hidungnya dan menerima saja nasibnya dengan patuh. Li Yingjie percaya Bos Lan ini masih lagi 100 kali lebih ganas berbanding abang sepupu keduanya.