Dengan satu lonjakan sahaja Luo Lang sudah berada di tempat duduk depan. Dia mencari maklumat yang telah dimasukkan oleh lelaki itu sebelum ini, cuba mengubah destinasi mereka. Namun dia mendapati destinasi mereka sudah dikunci oleh lelaki itu dan tiada cara untuk mengubahnya.
Sudah tentulah langkah ini hanya berkesan pada kadet biasa seperti Luo Lang yang bukan dalam pengkhususan penggodam. Seorang penggodam yang cekap pasti dapat memecahkan kunci yang agak asas ini, tetapi malangnya, Luo Lang tidak mempunyai kemahiran tersebut. Dengan perasaan kecewa, dia hanya dapat melihat saja kereta apung itu menuju destinasi yang telah ditetapkan oleh lelaki itu.