Berkenaan arahan Jeneral Ling Xiao ini, para pegawai ketenteraan berpangkat tinggi yang sudah bersedia menjadi amat bingung. Sebagai komander, pemimpin tertinggi di dalam divisyen itu, tidak sepatutnya Jeneral Ling Xiao sendiri yang pergi mengetuai pasukan dan menyelia penilaian kecil seperti itu.
Walaupun Akademi Ketenteraan Lelaki Pertama itu merupakan tempat yang dihormati oleh para pelajar dari akademi ketenteraan lain, bagi divisyen-divisyen ketenteraan, tak kiralah betapa berbakatnya pelajar-pelajar Akademi Ketenteraan Pertama ini, mereka masih tidak begitu menarik perhatian… Beberapa penilaian yang dijalankan setiap tahun hanyalah tugasan rutin pada divisyen-divisyen ini, bukannya sesuatu yang memerlukan perhatian khusus….