Di kawasan rehat Puak Mecha Leiting, kebanyakan ekpresi mereka telah berubah menjadi sangat hodoh. Siapakah pemuda ini? Kenapa dia boleh memberi lawan yang sengit kepada
bekas naib komander rejimen mereka?
Lin Zhidong tidak dapat menahan dirinya lalu bertanya kepada Bos Huo yang berada di sebelahnya, "Bos Huo boleh tentukan pemuda itu di tahap mana?" Disebabkan Qi Long sahaja yang membuat serangan sekarang, sementara Nie Feng-ming pula bertahan secara pasif, sukar untuk mengetahui apakah kemahiran fizikal pihak lawan pada ketika ini.
Bos Huo menjawab tanpa perasaan, "Tak akan jauh beza dengan Feng-ming. Kalau tak, Feng-ming tak akan jadi begitu pasif. Tapi ini hanyalah sementara." Tidak kira betapa kuatnya seseorang yang berada di peringkat awal Qi-Jin, mereka tidak akan mampu menghalang Nie Feng-ming sebegini. Pemuda di pentas itu pasti telah berada di peringkat pertengahan Qi-Jin. Soalnya di tahap pertengahan manakah dia berada.