Luo Lang menarik nafas lega. Walaupun dia tahu pihak lawannya ini lebih kuat daripadanya, Luo Lang tidak mahu mengalah begitu sahaja – dia mahu bantu Bos. Walaupun dia tahu agak sukar untuk mendapatkan apa yang dikehendaki, Luo Lang tetap mahu mencuba.
Apabila Luo Lang berjalan di atas pentas, para penonton di bawah mula bising, "Apa ini? Rejimen Kadet Baru hantar orang kurus lemah sebegini? Rejimen Kadet Baru ni sudah mengalah ke?"
"Tengok, betul ke dia tu lelaki? Dia lebih cantik daripada budak perempuan!" Entah siapa yang menjeritkan kata-kata ini yang menyebabkan perhatian orang ramai tertumpu daripada susuk badannya yang tinggi lampai dan kurus itu kepada wajahnya yang ayu.
"Cis, tak mungkinlah ada perempuan berpakaian seperti lelaki kan?" Entah siapa yang miang memandang, mula berada di dalam lamunan fantasi liarnya.