Pada ketika ini,satu susuk tubuh seorang manusia berjalan ke pentas dengan perlahan-lahan. Orang itu berumur kira-kira 30 tahun dan berpakaian seragam tentera persekutuan berwarna biru-putih. Dia mempunyai wajah yang kacak dan tubuh yang sasa. Hanya dengan berdiri di atas pentas sahaja, dia sudah dapat menarik perhatian semua orang.
"Ah, pengadil sudah sampai." Umur lelaki ini dan pakaian seragam tentera yang berbeza dari pakaian seragam para kadet, jelas menandakan dia sebagai pengadil yang dihantar oleh pihak akademi.
"Ya tuhan, pengadil yang dihantar oleh pihak sekolah sebenarnya adalah