Pemuda yang berwajah keanak-anakan itu memerhatikan jari-jemari Li Shiyu dengan berhati-hati. Setelah mendapati tidak ada sebarang luka, dia terus melepaskan nafas lega. Jika tangan Li Shiyu ini tercedera teruk, semestinya dia akan dicincang-cincang oleh jurulatih kolonel senior di fakulti perubatan bahagian kajian perubatan ketenteraan dan dijadikan sebagai bahan uji kaji.
Li Shiyu adalah permata di hati para jurulatih di dalam pengkhususan kajian perubatan ketenteraan. Semuanya mahu mengambil Li Shiyu sebagai anak murid sejati. Sehinggakan ada perbalahan besar yang terjadi disebabkan hal ini... Akhirnya, ketua bahagian kajian perubatan ketenteraan, Mejar Jeneral Qi, tidak boleh bertahan lagi dan dia mengumumkan Li Shiyu ini adalah anak murid bagi semua jurulatih. Kemudian, barulah perbalahan itu terhenti. Ini juga salah satu sebab mengapa Li Shiyu sangat hebat di dalam pengkhususannya.