Chereads / TAK MUDAH MENJADI LELAKI MENGEMBARA KE MASA DEPAN / Chapter 245 - Li Shiyu Pelajar yang Terhebat!

Chapter 245 - Li Shiyu Pelajar yang Terhebat!

Tidak boleh dipersoalkan lagi, Raja Petir itu ibarat satu keajaiban, dan Wei Ji berharap agar Wang Hui boleh menghasilkan semula pencapaian Raja Petir yang luar biasa. Dengan cara itu, beberapa tahun kemudian, apabila Raja Petir telah meninggalkan akademi ketenteraan, tibalah masanya untuk Kumpulan Mecha Wuji menjadi kumpulan teratas.

Setelah mengetahui tahap tempur Wang Hui, mata Zhao Jun bersinar terang, "Boleh tahan, dengan tambahan dua bakat ini, masa hadapan Wuji memang tak terbatas!"

Kata-kata Zhao Jun membuatkan Han Yu dan Wei Ji tertawa gembira. Berbanding dengan Li Lanfeng yang licik dan sukar untuk dibaca, Zhao Jun yang hanya tahu berlawan sahaja lebih mudah dibaca. Kata-katanya tidak pernah terselit kiasan. Apa yang dikatakannya adalah apa yang benar-benar dimaksudkan.

Selepas itu, Zhao Jun menepuk-nepuk bahu Wang Hui sebagai pengiktirafan. Kemudian, dia berjalan menuju sofa untuk duduk bersebelahan dengan Li Lanfeng.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS