Realitinya rejimen kadet baru menerima surat cabaran lebih awal daripada yang Ling Lan jangkakan. Dua hari selepas perbincangan mereka, komander rejimen am bagi rejimen kadet baru, Wu Jiong, menerima surat cabaran daripada Leiting!
Pada hari itu, sekitar waktu tengah hari, Qi Long, Wu Jiong dan yang lain daripada Kelas-A Pemanduan Mecha baru saja menyelesaikan latihan fizikal yang kejam pada waktu pagi. Mereka mengheret diri mereka yang kepenatan ke kantin akademi ketenteraan untuk makan. Baru saja mereka duduk dan menjamah makanan sedikit, keriuhan bingit muncul di pintu kantin dan menyebabkan suasana kantin yang pada asalnya bising, berubah senyap serta-merta.
"Siapa di antara kamu ni komander rejimen bagi rejimen kadet baru? Tunjukkan diri untuk terima surat cabaran ini!"