"Jika dia benar-benar sudah mengiringi [No Mecha Unrepaired] ke Bandar Suncreed, pengendali-pengendali mecha pelatih itu mungkin tidak boleh berlawan dengannya," orang yang melaporkan itu mengingatkan sambil berasa sedikit ragu-ragu.
"Pahlawan mecha tahap sederhana kita pun ramai yang sudah ramai terkorban sepanjang perjalanan ke Suncreed, awak rasa mereka boleh sampai ke bandar itu hidup-hidup?" Balas orang yang berada di hujung talian itu dengan nada marah, "Bodoh! Mestilah mereka gagal. Sebab itulah arnab tak guna itu terfikir untuk pergi ke perlawanan arena untuk mendapatkan pengalaman berlawan..."
"Baik, baik, baik, saya terlalu banyak berfikir." Orang yang sedang melaporkan tadi menyapu peluh dingin di dahinya. Dia menutup peranti komunikasinya sambil menyesali diri kerana terlepas cakap. Kemudian dia terus menyebarkan arahan ketua. Sejurus kemudian, sejumlah mecha yang banyak datang untuk memasuki arena perlawanan mecha...
*******