[No Mecha Unrepaired] tahu sebenarnya arnab-arnab yang kelihatan tidak berbahaya itu sungguh menakutkan bagi pengendali mecha tahap rendah. Arnab-arnab tersebut boleh membunuh mereka dengan sekelip mata sahaja. Tetapi situasi di hadapannya ini sekarang, mecha arnab yang sedang mengamuk dan jelas sekali masih budak baru, membuktikan dia sudah tersilap anggap. Situasi ini membuatkan [No Mecha Unrepaired] merasakan dia pun boleh pergi ke hadapan untuk menendang dan membunuh semua arnab itu sesuka hatinya.
Masa berlalu dengan perlahan-lahan. Jumlah arnab yang masih hidup di atas padang semakin berkurangan. Sebaik titisan darah arnab terakhir jatuh ke atas padang rumput, tepat-tepat dua minit sudah berlalu, tidak kurang sesaat pun daripada apa yang telah dijanjikan oleh mecha arnab awal-awal tadi.