Sejurus tempikan itu, pasukan Ling Yingjie dan semua pelajar Pusat Akademi Pengakap yang tidak sabar-sabar untuk melompat ke hadapan untuk berlawan, menyerang pihak lawan yang berjumlah kira-kira sepuluh orang atau lebih itu. Kafeteria kini menjadi huru-hara, pergaduhan di antara dua kumpulan itu tercetus begitu sahaja.
Qi Long melihat situasi di hadapannya dalam keadaan bingung, sambil mengumam sendirian, "Mereka sudah mula bergaduh?" Sejujurnya, dia menyangkakan konflik ini akan diselesaikan secara aman.
Ling Lan menggosok-gosok keningnya dengan tidak berdaya, kepalanya mula sakit. Li Yingjie sangat susah untuk dikawal apabila keangkuhannya mula ditunjukkan… Apa sekalipun, situasi ini bagus juga. Sekurang-kurangnya beberapa orang kadet baru yang bercadang untuk cuba melakukan sesuatu ke atas mereka akan berfikir dua kali sebelum berbuat sesuatu.