Ling Lan melihat Luo Lan dan Xie Yi bertenang secara diam-diam. Setelah itu barulah Ling Lan memejamkan matanya perlahan-lahan dan mengetuk tempat meletak tangan di kerusinya sambil berfikir. Tidak lama kemudian, matanya tiba-tiba terbuka dan dia menuding jari ke arah mejar yang sedang berdiri di satu sisi sambil berkata dengan tenang, "Saya lupa nak beritahu Tuan. Orang ini juga adalah tawanan saya! Beritahu saya, apa yang Tuan akan gunakan untuk ditukarkan dengan dia?"
"Mustahil!" Reaksi pertama kapten adalah tidak percaya. Dia tahu kebolehan mejar tersebut. Di atas kapal ini, mejar itulah yang terkuat selepas dirinya.
Ling Lan memberikan pandangan menyindir ke arah mejar tersebut. "Apa kata awak beritahu dia hal yang sebenar?"