Pandangan dingin Ling Lan sekali lagi dilontar kepada para pelajar dan kekecewaan yang dipendam di dalam hati-hati kadet tersebut dilepaskan. Seseorang bertempik, "Lawan! Lawan! Lawan!"
Kata-kata Ling Lan telah menyalakan api kemarahan mereka, bersama-sama dengan maruah di dalam hati mereka. Tidak ada sesiapa pun boleh menerima dengan tenang penghinaan bertimpa-timpa yang dikenakan ke atas mereka ini. Mereka semua dipenuhi keraguan selama ini. Maklumlah, mereka berada di dalam kawasan pihak musuh dan terdapat jurang yang besar di antara kekuatan mereka. Oleh itu, kadet-kadet tersebut tidak ada pilihan selain bersabar. Tetapi kini, segalanya sudah berubah. Keraguan mereka sudah lenyap. Ling Lan telah memberikan mereka satu peluang untuk mendapatkan kembali maruah mereka. Sudah tentu mereka tidak akan melepaskan peluang ini begitu sahaja...