Melihatkan lantai yang pada asalnya bersih dikotori dengan darah yang termuntah keluar daripada mulut ketua pengawal itu, Ling Lan mengerutkan keningnya kerana berasa jijik. Dengan bersahaja dia mengibas lengan bajunya dan kemudian, seolah-olah seperti menyuruh orang membuang sampah, Ling Lan berkata, "Bau darah ini menjijikkan. Lin Zhong-qing, campak sampah ini keluar untuk saya supaya pandangan mata saya tidak terjejas dengan kekotoran ini."
Ling Lan berkata dengan nada suara yang bersahaja, cukup untuk mempamerkan sikap tidak berperikemanusiaannya. Malah Lin Zhong-qing yang sudah biasa dengan Bos Lan turut menggeletar di dalam hatinya apabila melihat sisi Bos Lan ini, wajahnya hampir pucat lesi kerana ketakutan.