Ling Lan berhenti. Dengan satu petikan jari kanannya, pelajar-pelajar Pusat Akademi Pengakap bergerak rapat ke sisi laluan tembok-tembok itu dengan pantas dan penuh kerjasama. Kumpulan Gao Jinyun lambat selangkah di belakang tetapi itu tidak menghalang mereka. Sebahagian daripada ahli kumpulan tidak dapat mengelak dengan mahir seperti pelajar daripada Pusat Akademi Pengakap. Mereka kelihatan agak kekok jika mahu dibandingkan.
Perbezaan ini menunjukkan tahap kemahiran yang ketara. Wajah Gao Jinyun berona merah dengan perasaan malu. Diam-diam dia telah memutuskan apabila dia memasuki akademi, dia pasti akan melatih kumpulannya dengan lebih baik. Hal ini untuk mengelak dimalukan sekali lagi di hadapan Ling Lan pada masa akan datang.
Ling Lan memberi isyarat kepada para pelajar supaya tidak bergerak. Dengan langkah yang lincah, dia telah tiba di pintu bilik kawalan pusat. Pintu ditutup rapat - pergerakan keluar masuk daripada pintu ini memerlukan kata kod laluan.