Selepas Wu Jiong dan Li Yingjie senyap-senyap meninggalkan kafeteria itu bersama-sama kumpulan mereka, Qi Long menghampiri Ling Lan dan berkata, "Bos, apa tindakan kita seterusnya?"
Dengan kebolehannya, tentulah Qi Long sudah mendengar kata-kata Ling Lan tentang hal mengambil alih kawalan kapal ini. Tapi ini juga disebabkan Ling Lan memang langsung tidak berniat mahu menyembunyikan hal ini daripada Qi Long. Rancangan Ling Lan itu membuatkan Qi Long begitu bersemangat, sedia untuk bertindak.
Inilah Bos Lan, sentiasa berani melakukan apa yang orang lain tak berani buat! Hati Qi Long berasa amat bangga!
"Awak diperlukan di sini untuk mengawal keadaan. Lengahkan masa untuk kami selama yang boleh. Tarik dan pegang perhatian anak kapal." Ling Lan memberikan arahan dengan suara yang perlahan. Tugas Qi Long amat penting. Menurut rancangan Ling Lan, situasi terbaik ialah kalau Qi Long dapat menarik kapten itu keluar dari biliknya.