Pada ketika Qi Long menjerit, yang lain juga menyedari orang yang menyelinap di belakang mereka tidak lain dan tidak bukan adalah Ling Lan. Mereka semua berasa teruja.
Senyuman Ling Lan telah hilang pada ketika Qi Long pusing kebelakang. Persoalan Qi Long membuatkan Ling Lan mengangguk dan berkata dengan ekspresi muka yang tegas "Saya dah duduk di belakang kamu sepanjang masa ini. Kamu semua cuai sangat sampai kamu terlupa periksa belakang kamu. Kalau saya pembunuh, kamu semua tak akan terselamat."
Dia ingatkan, selepas melakukan pengembaraan antara planet, mereka akan menjadi lebih waspada. Malangnya, tanpa disangka-sangkakan, mereka masih agak cuai dan mengabaikan tempat yang penting.
Wajah Ling Ling yang menakutkan itu membuatkan Qi Long dan Luo Lang tidak berani membantah. Mereka segera menundukkan kepala mereka dan mendengar sahaja. Mereka berasa malu dan kesal.