Satu minggu selepas Ling Lan menghantar ibu bapanya pergi, pihak tentera mengadakan sidang media, mengumumkan kepulangan Ling Xiao kepada orang ramai!
Ling Lan menonton Ling Xiao yang kelihatan tampan serta elegan di skrin dan dia berasa kagum. Ayahnya pada kehidupan ini sungguh sempurna daripada segi rupa paras dan aura penampilannya. Tetapi Ling Lan lebih mengagumi kesetiaan dan keteguhan Ling Xiao pada cinta serta perkahwinan. Sama ada dalam kehidupan lepas atau kali ini, seorang lelaki yang baik, pada pendapat Ling Lan, adalah seorang yang bertanggungjawab seperti Ling Xiao.
'Ayah boleh saya percayakan ayah akan pulang nanti?' Ling Lan teringat pada Ling Xiao yang muda di dalam ruang warisan. Selepas 17 tahun, Ling Xiao masih lagi Ling Xiao yang sama...