Ling Lan tidak menahan nafas yang berat di dalam dadanya. Dia melepaskan nafasnya perlahan-lahan dan akhirnya melegakan ketidakselesaan yang dirasainya tadi. Walaupun Ling Lan telah berjaya bertahan denga satu pukulan rohani daripada Ling Xiao, dia menjadi lebih yakin dengan kuasa Ling Xiao yang tidak terjangkau dek akal ini. Ini kerana serangan rohani Ling Xiao dilakukan dengan mudah, begitu bersahaja sehingga agak gerun apabila difikirkan.
Ini kali kedua Ling Lan mempunyai perasaan yang sama seperti ketika bertemu dengan Jurulatih Nombor Satu. Situasi ini seolah-olah Ling Lan tidak boleh mengejar prestasi Ling Xiao walaupun dia telah berusaha sepanjang hidupnya. Jika Ling Lan tidak menghadapi segala seksaan di bawah Jurulatih Nombor Lima yang membuatkan keadaan mentalnya menjadi lebih kukuh, pertembungan ini mungkin akan memberi kesan terhadap keadaan mental Ling Lan.