"Ya memang sudah lama, hampir 17 tahun!" kata marsyal tersebut dengan raut wajah dipenuhi dengan nostalgia. Ling Xiao seorang genius berbakat luar biasa yang telah dipilih sendiri oleh marsyal itu untuk dipupuk. Marsyal itu menganggap Ling Xiao sebagai anak didik kebanggaan dan kesayangannya. Sebelum ini, sewaktu dia mendengar berita kematian Ling Xiao, marsyal tersebut dilanda kesedihan yang tidak dapat dibayangkan.
"Ling Xiao, berkenaan hal awak berjaya kembali ke sini, ibu pejabat telah berjanji untuk mengadakan sidang media untuk mengumumkan kepulangan awak. Tak lupa juga, tahniah kerana berjaya menjadi Jeneral ke-9 Persekutuan kita. Ini ialah kemegahan dan kedudukan yang awaklayak terima!" kata marsyal tersebut dengan perasan bercampur-baur sambil menepuk-nepuk bahu Ling Xiao. Kemudian, dia beralih untuk duduk di kerusi sandar yang terletak pada satu sudut, mengisyaratkan kepada Ling Xiao supaya turut duduk untuk berbincang.