"Mara ke hadapan! Pintas kapal angkasa itu, jangan beri mereka peluang untuk menyerang dengan meriam utama mereka!" jerit Major Jeneral Tang Xu melalui saluran komunikasi. Pada ketika ini, mereka hanya boleh terus bertempur. Sekiranya keadaan menjadi lebih dahsyat, menghalang tembakan meriam dengan salah satu kapal angkasa mereka juga berbaloi. Patuh pada arahan itu, kesemua kapal angkasa Persekutuan mula bergerak. Malangnya, kesemua kapal angkasa itu terlalu besar dan cemerkap, tidak mudah untuk kapal-kapal ini berpusing.