Walau bagaimanapun, apa yang dia lihat selepas itu membuatkan 8102 berasa terkejut tetapi gembira. Lengan kiri mecha misteri itu sedang memegang sebuah mecha lain yang patah tangannya iaitu 8217 yang baru saja memotong sebahagian daripada lengannya tadi dan telah ditelan oleh lubang hitam.
"Lihat tangan kiri mecha itu...bukankah itu 8217?" 8102 tidak dapat menahan dirinya daripada bertanya dengan gembira. Walaupun dia pasti matanya tidak tersilap, kejutan yang menyenangkan ini membuatnya ragu-ragu . Mungkinkah rakan yang dia yakin telah pun mati, kembali sekali lagi kepada mereka?
Soalan 8102 ibarat pukulan adrenalin kepada 8207. Dia kembali bersemangat dia bergegas mengendalikan skrin mecha untuk fokus di tengah-tengah lubang hitam. Kemudian dia menjerit,"Itu dia! Memang itu dia! Itu 8217!"