Muka Luo Lang menjadi merah padam mendengarkan soalan Ling Lan. Kalau orang lain yang bertanya begitu, Ling Lan pasti sudah menumbuknya. Tapi Ling Lan adalah Bos Lan. Orang yang paling dihormatinya, paling disayanginya dan dia juga idola Luo Lang! Lagipun, bukannya dia boleh menang kalau berlawan dengan Bos Lan.
Luo Lang hanya berdiri saja di tempatnya, tak pasti apa yang dia perlu lakukan. Perlakuannya ini membuatkan penampilannya kelihatan semakin lembut sehingga menimbulkan perasaan simpati dan sayang dalam hati rakan-rakannya. Ini menyebabkan Ling Lan semakin meraung di dalam hatinya. Boo hoo hoo… kewujudan budak tak guna ini memang benar-benar bertujuan untuk mengganggu Ling Lan. Bagaimana Ling Lan mahu berhadapan dengan realiti kejam ini?