"Serangan rohani!" Satu serangan rohani yang kuat dilancarkan ke arah Mu Shui-qing. Tetapi sewaktu serangan rohani ini bertembung dengan entiti rohaninya, serangan in hanya membentuk sedikit riak pada perisai rohani Mu Shui-qing, sebelum menghilang dengan pantas.
Dengan satu serangan ini, Ling Lan tahu yang kekuatan rohani gurunya ini pasti tebal dan teguh. Serangan biasa tidak akan membawa sebarang kesan. Tepat seperti jangkaan Ling Lan, Mu Shui-qing menggelengkan kepalanya dan berkata, "Dengan kuasa yang kecil ini, mustahil kamu boleh belajar teknik terakhir Perintah Ketuhanan."
Kening Ling Lan berkerut. Kini dia faham yang dia tidak akan lulus ujian ini jika tidak menggunakan seluruh kekuatannya. Jadi dia mengetap giginya dan mengambil keputusan untuk menggunakan serangan rohani paling kuat yang ada padanya iaitu letupan rohani!