Han Xuya masih mahu mengatakan sesuatu tentang hal itu apabila Luo Chao yang berada di sebelahnya menutup mulut Han Xuya dengan tangannya. Han Xuya sangat terkejut sehinggakan dia langsung tidak meronta-ronta dan terus lupa apa yang dia mahu katakan.
Tindakan Luo Chao mengejutkan semua rakan sepasukan yang lain. Inikah Luo Chao, adik perempuan mereka yang pemalu? Mereka secara refleks memandang Ling Lan, mengeluh di dalam hati mereka. Ah, seperti yang dijangka, cinta benar-benar boleh membuatkan seseorang itu bertindak di luar dugaan.
Melihat semua orang sedang merenungnya, Luo Chao sedar yang dia sudah berlebih-lebihan. Dia berasa malu dan menarik tangannya sebelum bersembunyi di belakang Luo Lang. Sekelip mata sahaja Luo Chao, si adik perempuan yang pemalu, telah kembali.