Ling Lan terkejut mendengarkan kata-kata ini. Dia tidak sangka dirinya sendirilah yang menjadi punca kesedihan Qi Long. Pada ketika ini, Qi Long sudah kehilangan keseimbangan mentalnya disebabkan dia terdesak untuk menjadi lebih kuat. Walaupun menjadi lebih proaktif dan agresif itu bagus, bukan mudah untuk mengukuhkan seni tempur seseorang itu dengan begitu sahaja. Proses ini memakan masa. Jika Ling Lan tidak mempunyai ruang belajar, yang telah menggandakan masa latihannya sehingga berlipat kali ganda, hanya bersandarkan dengan masa yang dia ada di kehidupan sebenar sahaja memang mustahil untuk dia mencapai peringkat tertinggi Qi-Jin...
Boleh dikatakan ada sesuatu yang tidak kena dengan keadaan mental Qi Long. Jika tidak diselesaikan segera, di masa akan datang semestinya hal ini akan menjadi masalah terpendam yang besar buat Qi Long.