'Walaupun saya tak tahu sejak bila Bos menyedari kekuatan awak…' Xie Yi tiba-tiba teringat apa yang Qi Long katakan tadi. Seolah-olah orang yang mula-mula menyedari kekuatannya ialah Ling Lan, bukan mereka berdua.
Pandangan mata Xie Yi menjadi tenang. Dia memandang Qi Long dan bertanya dengan serius, "Tadi awak katakan orang pertama yang perasan tentang saya ialah Bos awak? Maksud awak, Ling Lan?"
Qi Long mengangguk lalu berkata, "Sudah tentulah. Kalau Bos tak beritahu saya yang awak ada di sini, kami tak akan ke sini untuk melihat awak berlawan."
Kata-kata Qi Long menyebabkan Xie Yi tersedar. Akhirnya dia tahu siapa yang menolak dia sehingga jatuh dari pokok tadi. Pasti orang itu ialah Ling Lan!