"Tak apa. Kamu hanya perlu berdiri di sana, tak perlu bergerak, biarkan saya pukul kamu beberapa kali dan semuanya akan berakhir!" Yuan Chen belum lagi habis bercakap semasa dia meluru ke hadapan, bersedia untuk ajar budak tak guna ini cukup-cukup.
"Tak boleh macam tu. Kalau saya dipukul, saya akan berasa sakit..." Xie Yi berkata dalam ketakutan, berpusing untuk lari. Sewaktu Yuan Chen hampir sahaja mahu memukul dia, Xie Yi tiba-tiba menoleh ke belakang dan melompat ke udara. Tangan kanannya yang pada mulanya kosong, entah bagaimana kini ada sebatang kayu pemukul getah dan dia menyerang dengan menetak kuat ke arah bawah, menyasarkan kepala Yuan Chen.