"Gred 10! Mereka dah lama tak suka gred 7 kita. Sekarang mereka buli budak Kelas-B untuk mengejek kita..." Setelah mendengar laporan Luo Lang, Ling Lan dapat merasakan yang pelajar gred 10 ingin menunjukkan kuasa mereka dan ingin pelajar gred 7 menghormati mereka.
"Gred 10... Bos Lan, awak memang berhak jadi bos. Saya, Wu Jiong, berbakti pada awak sepenuhnya!" Pada mulanya, Wu Jiong ingatkan ini akan menjadi pertempuran bersenjata besar dengan gred 8 sahaja. Namun, siapa sangka yang Ling Lan akan pergi mengambil cabaran yang paling sukar. Dia terus pergi berdepan dengan kedudukan tertinggi, iaitu gred 10. Wu Jiong kagum dengan keberanian seperti ini.
"Wu Jiong, saya dengar ada orang dalam Kelas-B mengalami mutasi rohani. Kelas-A pula, lebih kurang separuh tak ada perubahan yang jelas?" Ling Lan mengubah topik.