"Baguslah. Kamu tahu? Ekspresi wajah kamu sekarang lebih berseri sedikit daripada sebelum ini. Ibu boleh berhenti risau sekarang." Lan Luofeng menepuk-nepuk wajah comel shota Ling Lan dengan perasaan puas hati, sebelum menarik tangan Ling Lan masuk ke dalam villa.
Sementara itu, hati Ling Lan berdegup kencang dengan kata-kata Lan Luoofeng. Rupa-rupanya Lan Luofeng sentiasa memerhatikan semua perubahan yang berlaku ke atasnya. Satu-satunya sebab mengapa dia tidak berkata apa-apa kerana Lan Luofeng memilih untuk percayakan anaknya sendiri.