Ahli-ahli kumpulan itu merenung satu sama lain dan akhirnya Han Jijyun bertanya, "Bos Lan, siapakah bos sebenarnya?"
Ling Lan mengosok-gosok dahinya sekali lagi dengan tidak berdaya. Akhirnya, dia masih tidak boleh mengelak daripada menjawab soalan ini, tetapi disebabkan Ling Lan sudah memutuskan untuk berterus-terang, dia patut memperkenalkan dirinya dengan lebih baik. Oleh itu, Ling Lan membalas dengan nada serius, "Ling Lan ialah nama sebenar saya. Latar belakang keluarga saya juga bukan palsu. Tetapi, saya cuma tidak beritahu kamu siapakah ayah saya yang mati sewaktu masih muda."
"Ayah Bos Lan? Nama keluarga Ling? Terkorban 10 tahun yang lepas?" Qi Long menggumam sendirian semasa berfikir.
Mereka semua budak-budak yang bijak. Hampir sepantas kilat, sebuah nama muncul di dalam fikiran mereka. Nama yang menimbulkan perasaan kagum tetapi sayu. Mereka semua memandang Ling Lan dengan keadaan tidak percaya, "Ling Xiao?!"